"wanita"

1. "Seorang wanita solehah adalah
lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih
baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk
daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang
hamil adalah lebih baik daripada 80
rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu
kepada anaknya daripada badannya
(susu badan) akan dapat satu pahala daripada
tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik
suami yang pulang ke rumah di dalam
keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya
dengan tidur yang tidak selesa kerana
menjaga anaknya yang sakit akan mendapat
pahala seperti membebaskan 20orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan
kasih sayang dan suami yang melihat
isterinya dengan kasih sayang akan
dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya
keluar dan berjuang ke jalan Allah dan
kemudian menjaga adab rumahtangganya
akan masuk syurga 500 tahun
lebih awaldaripada suaminya,
akan menjadi ketua 70,000 malaikat
dan bidadari serta wanita itu akan
dimandikan di dalam syurga,
dan menunggu suaminya dengan
menunggang kuda yang dibuat
daripada yakut.

10.Wanita yang tidak cukup tidur pada
malam hari kerana menjaga anak yang sakit
akan diampunkan oleh Allah akan seluruh
dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya
Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang menguli tepung gandum
dengan "bismillah", Allah akan
berkatkan rezekinya.

12. Wanita yang menyapu lantai dengan
berzikir akan mendapat pahala
seperti meyapu lantai di baitullah.

13. Wanita yang menjaga solat, puasa
dan taat pada suami, Allah akan
mengizinkannya untuk memasuki syurga
dari mana-mana pintu yang dia suka.

14. Wanita yang bersalin akan mendapat
pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap
kesakitan pada satu uratnya Allah
mengurniakan satu pahala haji.

15. Sekiranya wanita mati dalam masa 40hari
selepas bersalin, dia akan dikira
sebagai mati syahid.

16. Jika wanita melayan suami tanpa
khianat akan mendapat pahala 12th solat.

17. Jika wanita memicit suami tanpa
disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas
dan jika wanita memicit suami bila
disuruh akan mendapat pahala tola perak.

18. Wanita yang meniggal dunia dengan
keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

19. Semua orang akan dipanggil untuk
melihat wajah Allah di akhirat,
tetapi Allah akan datang sendiri kepada
wanita yang memberati auratnya iaitu
memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

RENUNGANLAH. .. WAHAI WANITA
Sungguh istimewa. Jadilah yang terbaik.
Sebagai anak, isteri dan ibu yang solehah.
InsyaAllah

0 komentar:

"Coment ye...satu batang coklat menantimu :D"

Berikan sedikit waktu ye...tuk sekedar menorehkan goresan tangan mungilmu.,tapi inget jangan asal ngomonk.,
"gw gampar loe..."
wakakakakakaka...............

Recent Comments